Zulkifli Muhammad
Nama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) adalah dinisbahkan kepada seorang tokoh pejuang yang amat berjasa di Malaysia. Almarhum Professor Dato' Dr Zulkifli Muhammad.
Beliau bukan sahaja tokoh politik yang pernah menjawat amanah sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan; tetapi beliau juga adalah seorang tokoh pendidikan dan sastera.
Beliau pernah bersama-sama mengasaskan institusi pengajian tinggi Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Kolej Islam Malaysia di atas kapasitinya sebagai Setiausaha Majlis Kolej Islam Malaya dan pensyarah di institusi tersebut. Selain itu beliau pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Universiti Malaya.
Seorang pencatat sejarah PAS, Ibnu Hasyim menukilkan tentang beliau seperti di bawah. Semoga watak ini menjadi contoh para mahasiswa/i KUIZM dalam mencorak masa depan ummah di Malaysia khususnya.
Kerjasama dengan TAZKIA
Bogor, Indonesia, 3 Disember 2015 - Tarikh awal Disember 2015 lalu mencatatkan satu lagi sejarah bagi KUIZM apabila usaha memuktamadkan kerjasama dengan Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Syafii Antonio berjaya.
Kerjasama ini akan membolehkan lepasan Diploma Muamalat dan Kewangan Islam KUIZM menyambung pengajian di STEI Tazkia selama 2 tahun untuk menyempurnakan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda.
Economic Development Towards Stronger Muslim Communities
Ustaz Nazri Chik, Adviser of KUIZM was invited to present a paper entitled "Economic Development Towards Stronger Muslim Communities" in the Asean Muslim Students Summit 2.0 that will be held during this weekend at Universiti Selangor (UNISEL) campus.
Usrah Tunjang Tarbiyah
Usrah menjadi agenda utama dalam pembinaan jati diri pejuang Islam. Para pelajar KUIZM diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti usrah yang diadakan setiap 2 minggu sepanjang sesi perkuliahan. Tidak terkecuali kepimpinan pelajar Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) juga mempunyai usrah khas kepimpinan.
Mukabuku
TV KUIZM