Autisme; Satu Anugerah
Setapak, 18 November 2015 - Lapan orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bersama pensyarah pengiring, Ustazah Mahirah binti Abdul Rashid mengadakan lawatan ke The National Autisme Of Malaysia (NASOM) di Setapak Garden.
Lawatan bertujuan memberi pendedahan secara praktikal mengenai tugasan kajian terhadap kanak-kanak autisme. Sesuai dengan subjek Pengurusan Psikologi Dakwah, peluang ini dipraktikkan sebaiknya oleh mahasiswa semester 4, Jurusan Dakwah dan Komunikasi.
Hipnoterapi Sebagai Rawatan Alternatif
Gombak, 10 November 2015 - Sekitar jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari, seramai lapan orang mahasiswa semester 4 Jurusan Dakwah dan Komunikasi dengan disertai seorang pensyarah pengiring, Ustazah Mahirah binti Abdul Rashid dari Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad telah melakukan lawatan ke Klinik Smart Excel Hypnoterapy & Consultant bertempat di Sri Gombak.
Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang terapi yang dikenali sebagai hipnoterapi. Ia merupakan ilmu mental dan emosi serta menggunakan teknik komunikasi sepenuhnya.
Pusat Dakwah Serantau Kunjungi KUIZM
KUIZM, 28 Disember 2015 - Satu perbincangan khas untuk mewujudkan kerjasama pendidikan antara KUIZM dan Pusat Dakwah Serantau (PDS), Yayasan Amal Malaysia telah diadakan.
KUIZM di wakili oleh Ustaz Mohd Norhan Hamsi (Hal Ehwal Pelajar) dan Ustazah Nadiah Binti Abdul Rahman (Ketua Jabatan Dakwah & Komunikasi), manakala Pusat Dakwah Serantau (PDS) diwakili Mudirnya iaitu Al-Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Turut serta dalam gambar merupakan kanak-kanak muallaf yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang sedang belajar di Pusat Dakwah Serantau.
Majlis Penghargaan & Makan Tengahari Siri 5
KUIZM, 31 Disember 2015 - Majlis meraikan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamed Noor, Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Pendaftar KUIZM yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada hari yang sama.
Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 2 tahun di KUIZM dan telah banyak menyumbang jasa dalam menggerakkan hal ehwal pentadbiran khususnya promosi KUIZM ke serata negeri di Semenanjung Malaysia.
Beliau akan memulakan dengan khidmat baru di PASTI Al-Mustaqim pada awal Januari 2016 ini. PASTI tersebut adalah di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu. Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredhai usaha beliau.
Mukabuku
TV KUIZM