Galeri Pameran Sempena Muktamar PAS Kali Ke-59 Disambut Baik
Shah Alam, 22 November 2013 - Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 baru-baru ini, KUIZM sekali lagi menyertai galeri pameran bersama-sama Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sepanjang muktamar berlangsung. Galeri pameran yang terletak di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam turut disertai galeri-galeri pameran dari pelbagai pihak bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk atau institusi masing-masing. Pihak KUIZM menerima kunjungan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat bagi bertukar pandangan disamping menerima pendaftaran pengajian dari mereka.
Lawatan Kerja Ke UNISEL Timba Pengalaman
Bestari Jaya, 13 November 2013 - Lawatan Kerja pihak pengurusan KUIZM yang dihadiri  Penolong Rektor (HEP), Ust. Mohd Norhan Hamsi dan Penolong Pendaftar (HEA), Ust Muhammad Najih Irsyad Ahmad Puhad ke Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini merupakan pertemuan kali pertama dalam rangka menimba pengalaman dalam struktur pentadbiran terutamanya dalam aspek pengurusan hal ehwal pelajar. Pihak KUIZM disambut penuh mahabbah oleh Timbalan Pendaftar UNISEL , En. Zulfikri Mohamed Kamil di Bangunan Canselori.
MPMK Tukar Kepimpinan Baru Sesi 2013/2014
Taman Melewar, 15 November 2013 - Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) sekali lagi mengorak langkah dalam usaha memartabatkan mahasiswa Islam dalam arena dakwah dan kepimpinan di kampus. Pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-3 telah diputuskan melalui pilihanraya kampus anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP). Pemilihan kali ini menyaksikan Ahmad Syifa Abd Rahim pelajar semester 4 (Dakwah & Komunikasi) dipilih sebagai presiden yang baru.
Enam Pelajar Sambung Pengajian Peringkat Ijazah
Palembang, 23 Sepember 2013 - Enam pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma baru-baru ini telah menempatkan diri di IAIN Raden Fatah, Palembang dalam bidang yang ditawarkan. Pengajian selama setahun seperti yang dipersetujui pada Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU) lepas melayakkan mereka untuk dianugerahkan segulung ijazah sarjana muda. Penghantaran pelajar KUIZM turut disertai pelajar-pelajar dari KIDU dengan diiringi Rektor, Penolong Rektor (HEA), Ketua Jabatan serta Pegawai Pengiring dari KIDU.
Mukabuku
TV KUIZM