PNM Sedia Beri Khidmat Nasihat
Taman Melewar, 27 Februari 2013 - Baru-baru ini pihak KUIZM telah menerima kunjungan daripada Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Rombongan ini merupakan kunjungan susulan selepas pihak KUIZM meminta pihak PNM memberi khidmat nasihat dalam merangka sebuah perpustakaan baru di sini. Rombongan yang diketuai Ketua Bahagian Khidmat Nasihat dan Rundingan PNM, iaitu En. Wan Husin Wan Ismail dan Pembantu Pegawai En. Khairul Anuar telah disambut Rektor, Dr Shahbudin Ngah dan Pembantu Pustakawan, Sdr. Mohd Hanif Mislan.
Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Sepakat Bentuk Lima Resolusi
Taman Melewar, 5 Februari 2013 - Dalam memacu kecemerlangan akademik pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) telah menyusun satu Bengkel Pemantapan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) sebagai satu keperluan kepada para pensyarah supaya dapat memberikan hasil yang terbaik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Program yang berlangsung selama tiga hari tersebut lebih memberi fokus kepada penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dilakukan secara efektif.
Kunjungan ke KUDQI Tingkat Kerjasama, Perkukuh Hubungan
Manir, 22 Januari 2013 - Kunjungan rasmi ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) baru-baru ini merupakan lawatan kerja rasmi pihak pentadbiran dalam rangka membincang dan menyusun kerjasama baru untuk penyambungan pelajar ke tahap lebih tinggi.
Perbincangan tersebut dihadiri empat orang wakil dari pihak KUIZM bagi mendapatkan kerjasama dan pandangan dari pihak KUDQI dalam membuka peluang kepada pelajar KUIZM untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat Ijazah sarjana Muda.
Pendaftaran KPAPI Sesi Januari 2013 Berjaya
KUIZM, 19 Januari 2013 - Kelas Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) telah bermula untuk sesi Januari 2013.
Seramai 17 orang telah berjaya mendaftarkan diri menyertai kelas hujung minggu ini bagi menimba ilmu.
Kursus ini telah melaksanakan pengambilan pelajar sejak Mei 2012 lagi.
Antara objektif kelas ini dijalankan adalah untuk menggalakkan masyarakat awam mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam disamping menjadikan kampus KUIZM sebagai tempat pengajian berterusan.
Mukabuku
TV KUIZM