Pihak Pentadbiran Kunjungi KIAS Kongsi Maklumat dan Pengalaman
Kota Bharu, 3 Disember 2012 - Pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengadakan lawatan khas ke Kolej Islam Antarabangsa Sutan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Lawatan tersebut adalah bagi membincang dan berkongsi maklumat hal-hal berkaitan pengurusan, akademik dan kerjasama pendidikan dengan universiti-universiti luar negara.
Lawatan ini juga bertujuan mengukuhkan ikatan institusi Pengajian Islam serta bertukar pandangan dalam pengurusan kolej.
Kelab IT Kunjungi Jabatan IT PAS Pusat
Kuala Lumpur, 19 Disember 2012 - Kunjungan Kelab IT dari kalangan pelajar-pelajar KUIZM ke pejabat Jabatan IT PAS Pusat baru-baru ini amat-amat dialukan-alukan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, En Shuhaimi bin Embong.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi memahami gerak kerja Jabatan IT menjalankan tugas-tugas mereka.
Rombongan pelajar seramai 20 orang bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ust Mohd Norhan Hamsi diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan, sistem pengurusan dan teknologi yang diguna pakai dalam mentadbir urus organisasi.
Lawatan Al-Masriyyah Bina Ikatan Ukhuwah
Taman Melewar, 12 Oktober 2012 - Lawatan SMA Arab Al-Masriyah,Simpang Renggam ke KUIZM pada hari Jumaat lepas mengikat tautan hati menjalinkan kerjasama di antara institusi Pendidikan Islam.
Rombongan seramai 50 orang terdiri daripada ikhwah dan akhawat tiba di perkarangan KUIZM pada jam 6.00 pagi.
Rombongan telah diketuai oleh Ustaz Azlisham Azahar bersama-sama lima guru pengiring tiba dengan sebuah bas telah disambut oleh Pegawai HEP KUIZM Ustaz Mohd Norhan Hamsi (Hal Ehwal Pelajar).
Mukabuku
TV KUIZM