
Kehadiran rombongan KUIZM disambut oleh pengerusi ahli lembaga MTIS iaitu Ustaz Mohamad Hazmi Dibok al-Hafiz dan Mudir MTIS, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al- Hafiz.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama pendidikan antara kedua belah pihak terutama untuk menjadikan MTIS sebagai "feeder school" bagi KUIZM.
Perbincangan yang berlansung telah mengambil masa lebih kurang dua jam yang menyentuh isu-isu pendidikan dan kerjasama antara KUIZM dan MTIS.
Dalam perbincangan tersebut juga, kedua-dua belah pihak saling berkongsi pengalaman dalam membangunkan institusi pendidikan dan memberi idea kepada institusi masing-masing.
Pada akhir perbincangan, pihak MTIS sangat berbesar hati untuk menandatangani perjanjian kerjasama pendidikan bagi mengembangkan peranan insititusi tersebut seterusnya melahirkan pelajar yang Rabbani. Semoga dengan lawatan daripada pihak KUIZM dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kolej yang dinaungi oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini.
"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"



