Angkatan ke-12 Graduan KUIZM ke UIN Raden Fatah, Palembang
28 Ogos 2019, Kuala Lumpur : Seramai 7 orang pelajar alumni KUIZM telah berangkat ke Universitas Islam Negeri (UIN), Raden Fatah Palembang, Indonesia bagi menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran Islam dan Bimbingan Penyuluhan Islam.
Kumpulan pelajar ini mewakili angkatan ke-12 alumni KUIZM ke UIN Raden Fatah. Jumlah pelajar KUIZM yang telah menyambung Ijazah Sarjana Muda ke UIN Raden Fatah Palembang sehingga kini sudah mencecah seramai 59 orang.
KUIZM memperkukuh kerjasama pendidikan

Kuliah Dhuha Perdana (28/7/2019)
PENGUMUMAN KULIAH DHUHA PERDANA
🗓 28 Julai 2019
🕰 9.00 pagi (Ahad)
📋 Kitab: *Ancaman Bahaya Sekularisme* & *Allah atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-hak Asasi Manusia*
🎓 *Al-Fadhil Tuan Guru Ust. Zulkifli Ismail* (Ketua Lajnah As-Sabiqun DUPP)
🕌 Dataran Ilmu, *Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad*, Taman Melewar, Gombak, Selangor.
.
# Sumbangan dana pembangunan dan pengurusan untuk aktiviti ilmiah serta infrastruktur KUIZM amat dialu-alukan.
Seminar Keluarga Al-Quran mendapat sambutan masyarakat
SERDANG, Ahad – Assyakirin Learning Group Sdn Bhd (ALG SDN BHD) telah mengadakan Seminar Keluarga Quran bertempat di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 Julai 2019 Ahad lalu. Program ini adalah anjuran bersama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa masa kini dalam membentuk keluarga quran melalui cara pendidikan yang dianjurkan di dalam surah Luqman yang disampaikan oleh panel Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman di slot pertama.
Manakala, pada slot kedua diadakan forum : Quran Penawar Masalah Anak yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman dan Dr Hakim bin Zainal.
Mukabuku
TV KUIZM