Graduan KUIZM teruskan perjuangan di STEI TAZKIA, Bogor, Indonesia

KUDQI JUARA KESELURUHAN SUKAN IPTIP 2019
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KUDQI JUARA KESELURUHAN SUKAN IPTIP 2019
Jabatan Pengajian Tinggi PAS (JPTP) yang bernaung di bawah Majlis Pendidikan PAS (MPP) mengucapkan tahniah kepada Kolej Universiti Islam Darul Quran Islamiah (KUDQI) kerana telah muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara IPTI PAS (IPTIP) yang berlangsung dari 15 hingga 16 Mac 2019 di kampus KUDQI Terengganu.
Kunjungan Mahabbah Para Pelajar PPITQ Ke KUIZM
Taman Melewar, 25 Oktober 2016 - Seramai 46 orang pelajar Pusat Pengajian Islam & Tahfiz Quran (PPITQ), Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KUIZM. Mereka diiringi oleh 9 orang guru pengiring diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkhair B Khairuzzaman, Guru HEM PPITQ.
Antara tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi maklumat yang jelas berkaitan peluang menyambung pengajian di KUIZM selepas tamat pengajian tahfiz di PPITQ.
Peserta KUIZM Dapat Naib Johan Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Gombak
Peserta Majlis Hafazan al-Quran peringkat Daerah Gombak dari KUIZM, Nurul Najwa Binti Yatim Mustaffa berjaya merangkul Naib Johan untuk acara tahap 1 (Juzul 1-10).
Pertandingan tersebut telah berlangsung di Masjid Al-Faizin, Kepong pada 14 & 15 Oktober 2016 lalu. Selain itu, KUIZM turut menghantar beberapa peserta lain menyertai pertandingan hafazan Quran dan Tilawah Quran.
Mukabuku
TV KUIZM