Pengambilan Khas Sesi September 2016/2017 Dibuka Sekarang
Anda baru dapat keputusan SPM/STPM? Atau anda memiliki sijil akademik seperti SMA/SMU/4 Thanawi/STAM? Atau mungkin anda pemegang Sijil Syahadah Tahfiz 30 Juzuk/lepasan pondok?
Tidak tahu di mana nak sambung belajar peringkat Diploma yang berkualiti dengan yuran yang berpatutan?
Jangan risau!!
KUIZM membuka peluang kepada anda semua untuk menyambung pengajian peringkat diploma pengambilan Khas September 2016 dengan POTONGAN YURAN SEBANYAK RM500.00 UNTUK 10 PEMOHON PERTAMA SAHAJA!!
Pelajar KUIZM Bantu Selia Program Alam Ria Pasti Kawasan Batu
Seramai 8 orang pelajar KUIZM hadir selaku petugas program Alam Ria PASTI Kawasan Batu yang telah berlangsung dengan meriahnya pagi ini 13 Ogos 2016 di Dewan Masjid Al-Khairiyyah, Taman Seri Gombak, Selangor.
Semoga pengalaman berharga praktikal membantu mengurus selia program seumpama ini dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar KUIZM juga sebagai persediaan mereka sebelum terjun ke medan dakwah sebenar nanti.
Usrah Medium Tarbiyah Utama Pelajar KUIZM
Usrah adalah salah satu sunnah nabawi yang penting dalam penyebaran dakwah Islam. Selain itu, usrah juga menjadi agenda utama dalam pembinaan jati diri pejuang Islam. Perkataan "USRAH" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga.
Usrah didefinisikan dari sudut istilah sebagai satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah s.w.t yang diikat dengan kesatuan keimanan dan kesatuan pemikiran dalam menghayati Islam secara syumul.
Ijtimak Tholabah KUIZM (1) Ogos 2016
Ijtimak Tholabah KUIZM dwi mingguan yang diadakan pada hari Jumaat menghimpunkan semua pelajar KUIZM untuk mendengar butir-butir mutiara nasihat serta peringatan daripada jawatankuasa tertinggi KUIZM dan para pensyarah KUIZM yang lain.
Selain itu, pengumuman penting untuk acara terdekat juga turut di sampaikan dalam Ijtimak Tholabah ini. Ijtimak dwimingguan ini kendalikan oleh pengerusi majlis menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.
Mukabuku
TV KUIZM