Kunjungan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Ke KUIZM
Taman Melewar, 19 Julai 2016 - KUIZM menerima lawatan kerja rombongan delegasi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diketuai oleh Al-Fadhil Prof. Madya Suhaimi b Saidin, Dekan Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat, USAS.
Berlangsung ramah mesra dan perbincangan antara pihak pengurusan KUIZM dan USAS berkisar hubungan dan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak terutama dari sudut perkembangan akademik.
Majlis Iftar & Penghargaan Staf Kuizm
26 Jun 2016, Ahad, Kuala Lumpur : KUIZM telah menganjurkan majlis berbuka puasa khas untuk para staf & pensyarah bersama keluarga masing-masing pada minggu ketiga bulan Ramadan yang lalu di Alamo Restaurant & Catering, Jalan Sultan Sulaiman, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut juga diadakan untuk menghargai 3orang pensyarah iaitu Ustazah Rahimah Nora Akmal Bt Mohamad, Ustazah Mahirah Bt Abd Rashid dan Ustazah Khairi Syutina Bt Mahmood serta seorang pustakawan KUIZM iaitu En. Hanif yang telah menamatkan perkhidmatan di KUIZM.
Pengambilan Pelajar Baru Sesi Ogos 2016/2017 Dibuka Sekarang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, sukacita di maklumkan proses pengambilan pelajar baru peringkat Diploma KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM) untuk sesi Ogos 2016/2017 telah dibuka. Program yang ditawarkan untuk pendaftaran sesi Ogos ini seperti berikut:-
Diploma Dakwah & Komunikasi (DDK)
Diploma Muamalat & Kewangan Islam (DMKI)
Cungkil Bakat Terpendam Melalui KAMIL
KUALA LUMPUR: Karnival Amal Islami IPT PAS (KAMIL) 2016 merupakan platform mencungkil bakat dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang bernaung di bawah PAS. Selain mencungkil bakat terpendam melalui KAMIL, ukhuwah antara IPT juga dapat dirapatkan malah sasaran yang lebih besar adalah menjemput lebih banyak IPT supaya turut serta dalam semua pertandingan yang dianjurkan.
Menurut Pengarah Program KAMIL Ustaz Mohd Norhan Hamsi, objektif KAMIL 2016 adalah memperkembangkan potensi para pelajar dalam bidang ko-kurikulum selain daripada menguasai bidang akademik di institusi masing-masing. Pada 6 dan 7 Mei lalu telah berlangsung Karnival Amal Islami IPT PAS 2016 di Kolej Universiti Islam Zulkiļ¬i Muhammad (KUIZM). Antara yang menyertai karnival selama 2 hari tersebut adalah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
Mukabuku
TV KUIZM