KUIZM Berjaya Lahir Graduan Sulung
Taman Melewar, 17 September 2013 - Seramai 10 graduan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma serta melayakkan mereka menerima diploma yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis konvokesyen kali pertama yang berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor.
Kemasukan Persediaan Diploma Julai ini
Pihak KUIZM menawarkan Kursus Pengukuhan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi persediaan ke peringkat diploma. Tawaran ini merupakan pertama kali sebagai inisiatif pihak pengurusan memberi pengukuhan bahasa terlebih dahulu sebelum menduduki semester pertama dalam pengajian diploma yang ditwaarkan. Para pelajar lepasan SPM/STAM/SMA/SMU/Tahfiz dan 4 thanawi amat dialu-alukan untuk menyertai kursus ini sekaligus menyambung pengajian di peringkat diploma di sini.
KUIZM Tandatangani Persefahaman Dengan IAIN Raden Fatah
Taman Melewar, 2 April 2013 - Buat julung kalinya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIZM dan IAIN Raden Fatah, Palembang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadhil Noor, KUIZM. Seramai 6 orang tetamu dari IAIN Raden Fatah yang diketuai oleh Prof. Dr. H. Aflatun Muchtar, selaku rektor menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, wakil dari Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), wakil Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah(KUDQI), pengetua dari beberapa sekolah agama rakyat serta pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi KUIZM.
Wakil Pensyarah Hadiri Wacana Akademik KIDU
Kuala Nerang, 16 Februari 2013 - Dalam lawatan kerja ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) bagi membincangkan kerjasama pendidikan untuk menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar negara, wakil pensyarah KUIZM turut menghadiri Siri Wacana Akademik Kali Pertama bagi membincangkan isu di Syiah dan krisis Syria yang semakin meruncing sekarang. Wacana yang dihadiri Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang juga mantan Pengarah KIDU yang lepas menitik beratkan bahaya penularan ajaran Syiah yang semakin tersebar dalam masyarakat Malaysia.
Mukabuku
TV KUIZM