KUIZM Tandatangani Persefahaman Dengan IAIN Raden Fatah
Taman Melewar, 2 April 2013 - Buat julung kalinya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIZM dan IAIN Raden Fatah, Palembang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadhil Noor, KUIZM. Seramai 6 orang tetamu dari IAIN Raden Fatah yang diketuai oleh Prof. Dr. H. Aflatun Muchtar, selaku rektor menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah KUIZM, wakil dari Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), wakil Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah(KUDQI), pengetua dari beberapa sekolah agama rakyat serta pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi KUIZM.
Wakil Pensyarah Hadiri Wacana Akademik KIDU
Kuala Nerang, 16 Februari 2013 - Dalam lawatan kerja ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) bagi membincangkan kerjasama pendidikan untuk menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar negara, wakil pensyarah KUIZM turut menghadiri Siri Wacana Akademik Kali Pertama bagi membincangkan isu di Syiah dan krisis Syria yang semakin meruncing sekarang. Wacana yang dihadiri Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang juga mantan Pengarah KIDU yang lepas menitik beratkan bahaya penularan ajaran Syiah yang semakin tersebar dalam masyarakat Malaysia.
Seminar Ilmu Mawaris Tingkatkan Pengetahuan Hukum Faraid
Taman Melewar, 27 Februari 2013 - "Seluruh umat Islam dan pelajar pengajian Islam khususnya perlu jelas dan faham dalam perbincangan ilmu mawaris" ujar Ustaz Mohd Jabal Alamsyah.
Beliau berucap di hadapan seluruh mahasiswa KUIZM ketika Seminar Ilmu Mawaris di Surau Hassan Shukri.
Program yang disusun oleh Lajnah Pendidikan MPMK mensasarkan para pelajar mampu menguasai dan memahami kaedah dan hukum yang dijelaskan dalam program tersebut.
PNM Sedia Beri Khidmat Nasihat
Taman Melewar, 27 Februari 2013 - Baru-baru ini pihak KUIZM telah menerima kunjungan daripada Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Rombongan ini merupakan kunjungan susulan selepas pihak KUIZM meminta pihak PNM memberi khidmat nasihat dalam merangka sebuah perpustakaan baru di sini. Rombongan yang diketuai Ketua Bahagian Khidmat Nasihat dan Rundingan PNM, iaitu En. Wan Husin Wan Ismail dan Pembantu Pegawai En. Khairul Anuar telah disambut Rektor, Dr Shahbudin Ngah dan Pembantu Pustakawan, Sdr. Mohd Hanif Mislan.
Mukabuku
TV KUIZM