Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Sepakat Bentuk Lima Resolusi
Taman Melewar, 5 Februari 2013 - Dalam memacu kecemerlangan akademik pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) telah menyusun satu Bengkel Pemantapan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) sebagai satu keperluan kepada para pensyarah supaya dapat memberikan hasil yang terbaik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Program yang berlangsung selama tiga hari tersebut lebih memberi fokus kepada penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dilakukan secara efektif.
Kunjungan ke KUDQI Tingkat Kerjasama, Perkukuh Hubungan
Manir, 22 Januari 2013 - Kunjungan rasmi ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) baru-baru ini merupakan lawatan kerja rasmi pihak pentadbiran dalam rangka membincang dan menyusun kerjasama baru untuk penyambungan pelajar ke tahap lebih tinggi.
Perbincangan tersebut dihadiri empat orang wakil dari pihak KUIZM bagi mendapatkan kerjasama dan pandangan dari pihak KUDQI dalam membuka peluang kepada pelajar KUIZM untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat Ijazah sarjana Muda.
Pendaftaran KPAPI Sesi Januari 2013 Berjaya
KUIZM, 19 Januari 2013 - Kelas Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) telah bermula untuk sesi Januari 2013.
Seramai 17 orang telah berjaya mendaftarkan diri menyertai kelas hujung minggu ini bagi menimba ilmu.
Kursus ini telah melaksanakan pengambilan pelajar sejak Mei 2012 lagi.
Antara objektif kelas ini dijalankan adalah untuk menggalakkan masyarakat awam mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam disamping menjadikan kampus KUIZM sebagai tempat pengajian berterusan.
Bengkel Perancangan Strategik Susun Halatuju Dinamik
Taman Melewar, 26 Disember 2012 - Perancangan strategik merupakan tahap perancangan tertinggi yang melihat halatuju organisasi pada jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 sehingga 5 tahun ke hadapan.
Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran KUIZM telah merencana satu bengkel khas selama tiga hari bagi membincang dan menyusun gerak kerja bagi menyusun dan merancang untuk kelangsungan operasi KUIZM akan datang.
Mukabuku
TV KUIZM