Hari Keluarga : Suburkan Ukhwah Islamiah
KUIZM, 11 Disember 2012 - Semester pada sesi ini bakal melabuhkan tirai dengan para pelajar berdepan dengan peperiksaan akhir semester September 2012 - Januari 2013.
Satu program khas dianjur Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM mengadakan Hari Keluarga untuk seluruh warga KUIZM bagi mengeratkan ukhwah kakitangan serta pelajar.
HIKMAH'12 Hargai Pelajar Cemerlang
Taman Melewar, 20 Disember 2012 - Buat julung kalinya, Unit Penyelaras Akademik Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa (HIKMAH 12).
Program adalah bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang pada semester lepas.
Program turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah KUIZM, Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamed bagi merasmikan program yang bersejarah ini.
Pihak Pentadbiran Kunjungi KIAS Kongsi Maklumat dan Pengalaman
Kota Bharu, 3 Disember 2012 - Pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah mengadakan lawatan khas ke Kolej Islam Antarabangsa Sutan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Lawatan tersebut adalah bagi membincang dan berkongsi maklumat hal-hal berkaitan pengurusan, akademik dan kerjasama pendidikan dengan universiti-universiti luar negara.
Lawatan ini juga bertujuan mengukuhkan ikatan institusi Pengajian Islam serta bertukar pandangan dalam pengurusan kolej.
Kelab IT Kunjungi Jabatan IT PAS Pusat
Kuala Lumpur, 19 Disember 2012 - Kunjungan Kelab IT dari kalangan pelajar-pelajar KUIZM ke pejabat Jabatan IT PAS Pusat baru-baru ini amat-amat dialukan-alukan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, En Shuhaimi bin Embong.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi memahami gerak kerja Jabatan IT menjalankan tugas-tugas mereka.
Rombongan pelajar seramai 20 orang bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ust Mohd Norhan Hamsi diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan, sistem pengurusan dan teknologi yang diguna pakai dalam mentadbir urus organisasi.
Mukabuku
TV KUIZM