mahfuz-pasKuala Lumpur, 31 Mei 2010 - BERHASRAT mahu melahirkan golongan intelektual dan profesional Islam yang boleh memimpin serta memberi sumbangan sebagai pendidik, pendakwah, pentadbir dan pengurus, PAS mengorak langkah setapak lagi apabila berjaya menubuhkan Kolej Univeristi Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang beroperasi di bangunan Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang kini giat diubahsuai.

 

Dua kursus di tawarkan iaitu, Diploma Muamalat dan Kewangan Islam dan Diploma Dakwah dan Komunikasi.

Dato' Dr. Mahfodz Mohamed yang merupakan mantan Ketua Jabatan Pengajian Islam, pensyarah dan mendapat Professor penuh di Universiti Malaya sejak 1977 telah diamanahkan oleh PAS menjadi penasihat KUIZM. Beliau juga pernah menjadi penasihat akedemi di Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan sebagai CEO Institut Teknologi Ibnu Sina (Intis).

Menceritakan bagai mana timbulnya idea menubuhkan KUIZM, tambah-tambah lagi dalam era persaingan universiti serta kolej yang memenuhi pasaran ini, Dr. Mahfodz menjelaskan idea untuk menubuhkan universiti dalam PAS sudah lama, tetapi tak dapat direalisasikan pada masa itu.

Sehinggalah tertubuhnya Majlis Pendidikan Kebangsaan PAS jadi daripada sini lah pihaknya berbincang dan akhirnya sudah sampai masanya dibina pusat pengajian tinggi PAS. Matlamat sebenar PAS menubuhkan KUIZM dari segi jangka panjang adalah untuk melahirkan insan yang berilmu dan berpandukan al-Quran dan sunnah kerana rata-rata unviersiti tidak ada matlamat ke situ.

Selain itu, katanya, PAS juga mahu melahirkan insan beriman yang dalam masa yang sama juga, dia adalah seorang profesional. Tumpuan PAS bukan hanya dalam bidang-bidang pengajian Islam semata-mata tetapi seringi antara agama dan profesional.

Mengapa PAS memilih nama Professor Dr. Zulkifli Mohammad? Dr. Mahfodz memberitahu, allahyarham adalah tokoh akademik dan merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat waktu awal dulu, yang berkecimpung dalam bidang pendidikan.

Allahyarham juga pernah menjadi pensyarah di pusat pengajian. Oleh kerana beliau juga bekas Professor maka layaklah diabadikan untuk nama kolej ini. Selain menunjukkan bahawa PAS juga mempunyai tokoh-tokoh akademik hebat seperti beliau.

Apabila diajukan soalan tidakkah dari segi imej dan lokasi kolej ini dilihat tidak komersial menjadi faktor penolakan mereka yang bukan PAS untuk belajar di situ?

Dr. Mahfodz menjelaskan, sebenarnya pihak kolej sudah setahun lebih mencari lokasi yang sesuai termasuklah di kawasan Bangi dan Port Klang, tetapi oleh kerana PAS mahu melaksanakan kolej ini dengan segera, dan dalam masa yang sama tempat-tempat tidak dapat kita perolehi, akhirnya pihak KUIZM memohon sekali lagi kepada PAS Pusat untuk meluluskan Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar dijadikan kolej.

Daripada terbiar begitu, buat sementara waktu KUIZM memanfaatkan Markaz Tarbiyyah itu. Dari segi kurang komersial, beliau memang mengakui kerana kawasannya tidak luas, di kelilingi dengan persekitaran penduduk, dan ini katanya adalah untuk sementara waktu sahaja. Jika kewangan mengizinkan, KUIZM akan mencari tempat yang lebih sesuai dan lebih luas untuk mengembangkan kolej universiti ini.

Buat sementara waktu, untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti lain KUIZM akan mengguna pakai "quality control", dalam masa yang sama juga pihaknya akan meminta kelulusan daripada jabatan berkenaan.

Sehingga kini KUIZM sedang berusaha untuk mendapatkan "quality control" daripada pihak berkenaan. Pihaknya juga ada perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan univeriti di luar negara.

"Buat langkah permulaan ini kita hendak menunjukkan bahawa universiti kita ini mempunyai kualiti untuk mendapatkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

"Jika kita berjaya mendapatkan pengiktirafan LAN ini sekali gus akan memudahkan pelajar KUIZM memperoleh pinjaman daripada Kementerian Pelajaran. Sebab itu kita tengah bekerja keras untuk mendapatkan LAN. Kita juga akan meminta kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri misalnya memberi bantuan kepada pelajar untuk menyambung di KUIZM," tegas Dr. Mahfozd.

Pada pandangan beliau KUIZM mampu bersaing dengan kolej dan universiti Islam yang lain. Pihak beliau merasakan tidak ada masalah dalam hal ini, kerana dari segi tenaga pengajar dan pensyarah KUIZM adalah berkualiti dan sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan MA atau PHD. Lebih-lebih lagi dalam bidang pengajian Islam ini, tidak banyak ditawarkan di univeriti awam negara ini.

"Jadi bagi saya tidak ada masalah untuk kita bersaing. Antara jangka pendek kita sebenarnya bukan sahaja mengambil pelajar di kalangan anak-anak ahli PAS sahaja, tetapi sebagai universiti yang 'open' maknanya mana-mana pelajar yang berkelayakan tidak menjadi masalah untuk belajar di sini. Selain bersaing kita memberikan tempat mana-mana rakyat Malaysia untuk menyambungkan pelajaran. Malah memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu untuk belajar di institut pengajian awam, di sinilah satu-satunya pusat pengajian yang boleh menampung keperluan itu," ujarnya.

Dr. Mahfodz berkata, pihaknya membiayai penyelenggaraan kolej ini dengan mencari sumbangan-sumbangan daripada orang ramai dan pihaknya juga berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu (enggan memberitahu).

KUIZM juga akan mengadakan majlis-majlis seperti makan malam sebagai menampung kewangan kolej. Pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi. Apabila pelajar sudah ramai mengikuti kursus di KUIZM, tegas beliau, kewangan pun akan bertambah jadi dengan sendirinya kita boleh 'maintain' untuk kita menampung kos di KUIZM.

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM