zulkifli-muhamadDr.Zulkifli Muhammad merupakan tokoh negarawan yang sangat karismatik dan berpengaruh. Kewibawaannya telah mencetuskan penubuhan Kolej Islam pertama di tanah air setelah mendapat kepercayaan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor dengan mewakafkan istananya di Klang supaya dijadikan Kolej Islam yang mampu melahirkan para ulama. Pada tahun 2009, PAS dan inisiatifnya telah menubuhkan sebuah kolej dengan mengabadikan nama beliau, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang dahulunya merupakan Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar.

 

KUIZM direalisasikan oleh kepimpinan ulama PAS dengan dokongan ahli-ahlinya yang cintakan Islam, bertujuan melahirkan graduan yang memahami Islam dan bersedia untuk terjun di medan dakwah.

Menurut Allahyarhan Tan Sri Dr Muhammad Asri Haji Muda:

“Professor Ustaz Zuikiflli Muhammad dalam masa hayatnya, telah meyakinkan bahawa Islam di Tanah Melayu tidak akan boleh dibangun dan tidak akan mencapai keagungannya melainkan dengan dua jalan. Yang pertama melalui pendidikan dan pelajaran, dan yang kedua melalui kuasa politik yang wajib dimiliki oleh umat Islam. Beliau menekankan, jangan sesiapa mengharapkan Islam akan terbela di tanah air kita ini, kalau kuasa pemerintahan negara tidak umat 100% Islam yang memegangnya”.

“Saya mengenali beliau sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah-majalah dan risalah-risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai juru pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai Setiausaha dan Pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti, ditambah dengan karya-karyanya yang membahas pelbagai bidang ilmu pengtahuan”.

log kuizm

Log Masuk

Emel

log kuizmorg

Kalam Murabbi

pos kalammurabbi 01

Bayanul Ahkam

pos bayanulahkam 03

Coretan Duat

pos coretanduat 02

Mukabuku

TV KUIZM